JPAMARA Scholarship Interview

January 30, 2017

I'll write about my experience on JPAMARA Scholarship interview in 2016. It might be long but calm down.

Since my english is not so good, I'll write in Bahasa Melayu. Just want to be more understandable and easy for me to explain.

Part 1: What to do before go to the interview.

Pertamanya, tahniah kepada siapa yang dapat panggilan ke interview ni. Hargailah.. jangan tak pergi pulak. Kesian dekat siapa yang nak tapi tak dapat kan.

To begin with, korang perlu memohon di portal rasmi jpa. Just alert lah. Nih link dia, just click. (( eSILA JPA )). Selalunya jpa akan buka permohonan lepas beberapa hari keputusan SPM diumumkan dan tak perlukan number pin macam upu. (Jangan risau, aku yakin korang akan dapat list scholarship yang akan ditawarkan nanti. Scroll lah sampai muntah)

Kelayakkan, syarat dan semua details akan ada dalam portal ni nanti. Just to let you know, tak silap aku masa 2016, minimum result must A-. Then ada spesifikasi berdasarkan bidang yang korang nak ambil dalam portal dia nanti. Macam aku Sains Hayat, dia minta at least A-, while medic all A untuk subjek elektif tak silaplah. Kalau ada rezeki dapatlah emel panggilan ke temuduga nanti. Sujudlah syukur.

PENTING!, korang kena sediakan beberapa salinan:

1) Kad Pengenalan (Sendiri,IbuBapa,Penjaga)
2) Slip SPM
3) Surat Kelahiran
4) Surat Panggilan ke Temuduga (boleh print dari emel)
5) Gambar bersaiz passport pun jangan lupa.
6) Boleh sediakan resume juga untuk pengukuhan.
7) Beberapa document yang aq pon dah lupa hahaha sorry.

Semua document nih WAJIB BERCOP RASMI. Masa pergi temuduga pun PASTIKAN BAWA YANG ORIGINAL. Pastikan korang sediakan fail yang nice and formal. Contohnya clear holder yang kulit hitam tu. Alahh selalulah nampak fail tu. Susun sijil semua elok2. Boleh la search cara susunan sijil macam mana nanti. First impression is important!!

One more, perkara nih agak jadi isu tahun lepas, JPA arahkan kami untuk pakai t-shirt sukan putih dan seluar track semasa interview. Hahahaha...first time tu aku baca pon ragu-ragu juga. Then they said memang betul pon attire macam tu sebab nak berikan keselesaan kepada calon semasa temuduga nanti. Ye la kan, ambil masa hampir setengah hari. Panas kot. So jangan terkejutlah nanti haha.

Lepas dah ready semua tuh, korang kenalah siapkan diri korang untuk perform nanti. Penampilan kena jaga. Bagi kemas-kemas. FIRST IMPRESSION ITU PENTING. Prepare diri korang dengan seberapa banyak fakta tentang Malaysia dan dunia sekarang. Mostly pasal isu semasa. Soalan diorang nanti unpredictable, aku akan cerita time Part 2 nanti. 

Cubalah lembutkan lidah tu untuk cakap english supaya tak kekok nanti. Seriously, anything can happen. Macam aku yang tak seberapa ini, 3 malam aku macam orang gila cakap dengan cermin sampai tengah pagi ahhahaha. Nak belajar free punya pasal kan.

Lastly, banyakkan doa dan solat hajat supaya Allah mudahkan urusan kita nanti. Just nak ingatkan, jangan terlalu yakin kalau kita dapat straight A+ pun, kita still kena ingat kita ada Allah. Rezeki semua ada di tangan-Nya.


Aku harap entry ni dapat membantu.
All the best guys.

Hi, do follow my blog :)
Just click  HERE!





You Might Also Like

0 comments

ChatBox