Part 2: JPA-MARA Scholarship Interview

January 30, 2017


Part 2: Interview Day

Thanks sebab sambung ahahahha...

Untuk pengetahuan korang, temuduga JPAMARA nih mudah sahaja ("mudah"). Hanya satu peringkat je, kalau berjaya terus dapat. Tak macam scholarship lain yang kena jawab soalan online, 2 atau 3 peringkat, dan kena join kem selama 3 hari. Hahahahaha...

Secara kasar, temuduga nanti akan ada 2 sesi, iaitu sesi bahasa inggeris dan bahasa melayu. Nanti korang akan diberikan tag nama dan number. Contoh group 1 (based on tag) semua ada 20 orang. Dalam 20 orang tu korang akan dipecahkan kepada 2 group (10-12 orang). Macam aku, dapat sesi bahasa inggeris, while other group akan pergi sesi bahasa melayu dulu. Nanti rotate lah. Yang lawaknya, semua pakai baju sukan putih dan track hitam. Nampak macam minggu orentasi tahu tak hahaha.. terhibur jap sorry..

Okay, the story begin..

Perkara yang paling aku nak tekankan sebelum apa-apa pun adalah susuan surat-surat dalam file. Tolonglah semak semula semua surat, dah ada copy ke belum, original bawa tak, ada cop rasmi tak. Sebab benda ni jadi dekat aku (susuan surat-surat aku kelam-kelibut) tapi nasib baik aku memang ada simpan satu lagi salinan back up. Fuhh selamat....

Lepas pendaftaran siap, kami dibawa ke bilik temuduga. Jangan risau, diorang jalankan temuduga secara berkumpulan tapi pertanyaan secara individual lah. Aku and 9 orang lagi masuk bilik sesi english dulu. Bapak ah... muka educated level 999999 bhai... aku rasa macam down sikit hm. Sebab english aku memang low. Keyakinan aku merudum lah masa tu. Tangan aku dah mula berair. 

Dalam Sesi English akan ada 3 orang penemuduga, kami duduk la dekat kerusi menghadap diorang. Aku duduk tengah so betul-betul depan muka diorang. Boleh rasa tak apa aku rasa? Okay dekat sini aku nak ingatkan segemuruh manapun korang jagalah attitude ye. (contohnya: posture duduk atas kerusi, kaki jangan goyang-goyang, muka jangan macam kerang busuk, senyum selagi terdaya). Kami start dari hujung so aku lambat lagi. Lepas semua perkenalkan diri then soalan dia akan ada 3 round.

Okay ni antara tajuk yang aku ingat untuk round 1:

1. POVERTY                      
2. GLOBAL WARMING          
3. CORRUPTION
4. SECURITY                     
5. 1MALAYSIA                       
6. ISLAMOPHOBIA
7. LEGALIZE DRUG          
8. REFUGEES

nak tahu aku dapat tajuk apa? Aku dapat pasal ISLAMOPHOBIA. To be honest, aku memang dah prepared untuk semua tajuk yang dekat atas tu tapi tidak untuk tajuk yang aku dapat. Manalah aku nak jangka yg isu tu dia nak tanya aku. Lahai... tp logically memang itu isu semasa pon since 2016 kan ada new election campaign dekat US. Time tu kan muslim dekat sana banyak ditindas. Sampai sekarang actually hm. Pray for them. 

Nak dijadikan cerita, malam before interview aku ada scroll twitter dan jumpa #islamophobia ni. Aku sempatlah baca beberapa tweet dalam tu yang sedikit sebanyak membantu aku time jawab soalan tu. Time tu baru aku sedar betapa Allah akan memudahkan urusan hamba-hambanya. Alhamdulillah...

Then round 2 pula mostly pasal general knowledge kita ja, more to opinion actually. Kali nih aku dapat tajuk, WHY DO WE NEED A KING AND ROYALTY? Berbekalkan ilmu sejarah yang dipelajari, aku jawablah apa tangunggjawab seorang raja dan apa akan jadi kalau raja tak wujud.

To be honest sekali lagi, sementara tunggu turn aku untuk round 2, aku hampir terlelap sebab tahap gemuruh aku tu dah sampai phd dah. Orang sebelah aku bawa air, nak minta tapi segan sebab baru kenal. So telan air liur je lah hahahahaha... 

Round 3 pula, penemuduga tanya:

1) WHY DO WE NEED TO GIVE YOU THIS SCHOLARSHIP?
2) WILL YOU WORK AND STAY IN GOVERNMENT SECTOR? 
3) WHAT WILL YOU DO IF WE ARE NOT GIVING YOU THIS SCHOLARSHIP?

Soalan-soalan diorang agak tricky so kita kena la jadi tricky juga. Time ni semua tabur janji-janji manis hahahahaha... tapi it's okay just to make them confident to choose you. Done sesi english.

Sesi Bahasa Melayu, penemuduga hanya 2 orang dan sesi ni berkonsepkan kerja dalam kumpulan mungkin nak tengok kita punya softskill bekerja kot. Dalam satu bilik tu akan ada 2 group. Setiap group akan dapat tajuk yang berlainan. Masa akan diberi untuk prepare kertas mahjong dan presentation. Group aku dapat tajuk PELAKSANAAN TOL AUTOMATIK SECARA SEPENUHNYA. Korang akan dapat kertas guideline dan perkara-perkara ynag perlu dibentangkan nanti.

Dalam sesi nih. tolonglah sehebat manapun kita, pendebat ke ,pemidato ke, anugerah emas nilam ke. Jangan overshadow orang lain dan jangan terlalu outstanding. Nampak macam menunjuk-nunjuk dan pentingkan diri sendiri. Memanglah kita kena dapatkan perhatian juri tapi bukan dengan cari pentingkan diri sendiri. Just be nice. Tunjukkan kerjasama berkumpulan dan cara interaksi secara profesional. Fikir hujah macam orang bekerja bukan student. Sebab akan ada sesi soal jawab oleh calon lain (siapa yang tanya dapat markah huhuhu, so mohon bertanya) dan lebih teruk lagi juri akan cut terus speech korang dengan soalan-soalan yang kasi mati sama luuuuu hahahah... so be prepared. *senyum

Habis semua tu, semua calon dah mula balik dengan tenang. Gelabah cacing kepanasan semua dah hilang. Time tu tawakal je la. Keputusan akan diumukan dalam portal.



Aku harap entry ni dapat membantu.
All the best guys.

Alhamdulillah, sekarang aku belajar dibiayai sepenuhnya oleh JPAMARA. :)














You Might Also Like

4 comments

  1. wahh . budak jpa-mara , dlu interview kat sg. petani tu ka ? aku pi gak tp tu lah , rezeki takdak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup exactly, dekat sg petani. Alhamdulillah. Rezeki masing2 insya Allah..

      Delete
  2. GV doakan semoga Amer akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya Amer nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete