Terkejut Dapat Surprise Hari Valentine (Tapi Saya Single?)

February 26, 2021


Terkejut tiba-tiba dapat Whatsapp dari @najjihahshop yang ada orang nak hantar Mouthgasm dekat saya. Ye lah kan, kita single mana nak expect orang hantar hadiah chocolate bunga semua nih. Habis kuat kawan-kawan tag dekat gambar orang lain pergi dating. Hahahaha.

Mulanya sender nak belanja satu balang ja dan suruh saya pilih nak flavour mana tapi saya pula nak support local business so saya nak beli satu lagi extra balang. Sekali pemberi tu nak belanja kedua-dua balang terus. Hahahah terima kasih banyak-banyak. 

Ceritanya macam nih, satu hari tu saya nampak banyak sangat tweet promote chocojar dalam balang macam ni. Tiba-tiba saya terfikir, "Eh aku tak pernah makan satu jenis jenama pun lagi, padahal nampak orang promote hari-hari".

Jadi, saya pun post lah satu tweet pasal apa yang saya terfikir yang saya tak pernah cuba mana-mana brand pun. Tup-tup ada orang nak belanja. Alhamdulillah.


Dua hari lepas tu pulak, sampai pulak lagi satu bungkusan yang saya tak tahu dari mana datangnya hahaha. Yang lawaknya, sender tulis nama saya sebagai "Amer Hensem Tapi Single", time tu abang DHL gelak sampai tak ingat dunia. 

Yang ambil bungkusan tu pulak adalah mak saya, lagilah kecoh satu rumah. Tak pasal-pasal saya kena tunduh ada Sugar Daddy Covid19 hahaha. 

Rupanya, dalam tu ada Surpirse Box yang ada macam-macam chocolate. Ada Cadbury, Bueno, Kitkat dan macam-macam lagi lah. Takthulah berapa harga satu kotak tu. (Thanks Nas huhu) 



Terima kasih banyak-banyak kepada pemberi Mouthgasm dan Surprise box yang ada macam-macam jenis chocolate. Saya tak sempat nak ambil gambar, anak sedara dah serbu habis semua. Nasib baik sempat ambil gambar kotak sebelum buka dulu.


Review MOUTHGASM CRUNCHY

Mouthgasm Crunchy ada dua flavour iaitu Mocha Chocolate with Cookies (Merah) dan Macchiato Chocolate with Crackers (Orange). Saya paling suka flavour Mocha iaitu flavour pertama diorang. 

Nampak macam chocolate melimpah-limpah tapi tak manis macam saya bayangkan. Rasa Mocha dia tu memang kena dengan coco crunch ch yang crunchy dalam tu.

Oh paling penting, coco cruch yang macam biskut bulat kecil tu, tak lembik langsung. Selalunya kalau kita rendam dalam susu atau chocolate akan jadi lembik sikit kan? 

Tapi yang ini dia tetap kruppp kruppp macam baru letak je dalam balang tu. Memang puas hati. Cookies dan Crackers dia pun sedap dan rangup. Bagi Amer, memang boleh bagi rate 9/10. Satu markah hilang sebab tak boleh stop makan. Sehari dah boleh habis. Hahahaha

Setakat tu je perkongsian cerita terkejut hari ini. Terima kasih sekali lagi kepada yang memberi. Sampai sekarang Amer tak tahu siapa sebab katanya "biarlah rahsia". Saya terharu pun ada, happy pun ada. Biasalahhhh benda jarang-jarang berlaku hahaha...

You Might Also Like

8 Comments

  1. Kadang-kadang rezeki datang tanpa dijangka kan. Tiba-tiba je ada orang bagi surprise.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahamdulillah ada rezeki lebih sikit haritu hihi

      Delete
  2. huntonglahhhh satu tweet terus dapat bhai....lepas ni tak single lagilah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA itu lah itu. Tak ada niat pun sebenarnya hahaha lepas nih boleh tweet lagi XP

      Delete
  3. untongla dpt hadiah.. secret admirer tuuh

    ReplyDelete