Tips Ulangkaji Supaya Cepat Ingat dan Faham

March 13, 2021

Dah study berjam-jam tapi masih tak faham apa yang ditulis dalam nota atau buku teks? Mungkin korang ada terlepas beberapa point penting dalam cara study korang. Sini saya cadangkan lima tips untuk orang yang susah nak faham atau focus bila belajar. Saya tulis berdasarkan pengalaman sendiri yang juga susah nak belajar.

Tips Ulangkaji Supaya Cepat Ingat dan Faham

 1. Fokus 30 Minit

Sesetengah orang ada masa fokus yang berbeza. Bayi boleh focus beberapa saat sahaja manakala orang dewasa boleh fokus sehingga 40 minit atau lebih. Jadi set masa 30 minit untuk korang betul-betul fokus. Letak telefon jauh-jauh dan sedia untuk membaca. 

2. Rehat 10 Minit

Setiap 30 minit korang fokus, bagi rehat selama 10 minit sahaja. Rehat bermaksud, bangun dari kerusi dan buat renganggan badan atau keluar dari bilik belajar korang ke dapur untuk minum air. JANGAN PEGANG TELEFON! Itu semua laqa! Sudahlah laqa, blue-ray screen pun boleh rosakkan mata, atau lebih teruk korang terbaca toxic post di Twitter. Jadi, jangan sesekali pegang telefon.

3. Minum Air 

Sediakan satu botol air di sebelah korang. Rasa susah nak faham, minum. Rasa penat sikit, minum. Rasa nak tertidur, minum. Kalau rasa nak terkencing, pergi tandas. Air boleh bantu korang untuk stay focus sebab katanya air pembawa oksigen ke otak. Jadi otak akan terus cergas. Minum air. Stay Hydrated!

4. Dengan Lagu Yang Tak Faham

Kalau koang jenis yang study kena tempat sunyi, boleh abaikan tips ni. Saya kalau nak study kena ada lagu. Tapi kalau nak belajar, pilih lagu yang korang tak boleh menyanyi atau yang korang tak faham. Contohnya, korang tak faham lagu Korea, jadi dengan lagu tu. Tujuan dengar lagu hanya untuk bantu korang tak mengantuk bukan untuk korang karok.

5. Lihat, Baca, Dengar, Tulis

Ultimate tips adalah dengan menggunakan 4 deria utama korang. Lihat teks, Baca teks, Dengar bacaan teks, dan tulis semua kata kunci dari teks. Ini saya sendiri yang amalkan, alhamdulillah Dean List hehe. Tak perlu baca kuat sampai jiran sebelah marah, cukup sekadar telinga kita yang dengar. Bila kita tulis semua, di situ kita dah ulang perkara sama sebanyak 4 kali satu masa yang sama. Ha jimat masa!

Okay, saya harap tips ini dapat membantu korang yang susah nak faham atau focus semasa study macam saya. Sekarang, sosial media adalah penyebab utama kita tak fokus, Niat dalam hati, aku nak study sekejap ja, nanti oleh scroll twitter lama-lama.

Semoga berjaya!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Tips yang bagus untuk fokus semasa mengulangkaji perlajaran. Akan cuba guna tips ini untuk menumpukan perhatian semasa mengulangkaji.

    ReplyDelete
  2. bila badan letih secara tak langsung fokus terganggu. selain tu faktor2 lain jg menyumbang kpd ketidakosentrasi kita ketika belajar. jd gunakan tips mudah utk atasinya sblm kita 'gagal'

    ReplyDelete