Pengalaman Berjaya Temuduga Biasiswa JPAMARA 2016
Part 2: Perjalanan Hari Temuduga
Untuk pengetahuan korang, temuduga JPAMARA nih "mudah" sahaja. Hanya satu peringkat sahaja, kalau berjaya terus dapat. Tak macam scholarship lain yang kena jawab soalan online, 2 atau 3 peringkat, dan kena join kem selama 3 hari.
Secara kasar, temuduga nanti akan ada 2 sesi, iaitu sesi bahasa inggeris dan bahasa melayu. Nanti korang akan diberikan tag nama dan nombor. Contoh, kumpulan 1 (berdasarkan nombor di tag nama).
Setiap kumpulan adalah 20 orang. Dalam 20 orang tu, korang akan dipecahkan kepada 2 kumpulan (10-12 orang). Macam saya, dapat sesi bahasa inggeris, jadi kumpulan satu lagi akan pergi ke sesi bahasa melayu dulu. Nanti akan rotate giliran lah.
Okay, the story begins.
Perkara yang paling saya nak tekankan sebelum apa-apa pun adalah susuan surat-surat dalam file. Tolonglah semak semula semua surat, dah ada copy ke belum, original bawa tak, ada cop rasmi tak. Sebab benda ni jadi dekat saya (susuan surat-surat saya kelam-kelibut) tapi nasib baik saya memang ada simpan satu lagi salinan back up.
Lepas pendaftaran siap, kami dibawa ke bilik temuduga. Jangan risau, diorang jalankan temuduga secara berkumpulan tapi pertanyaan secara individual lah.
Saya and 9 orang lagi masuk bilik sesi english dulu. Masa tu memang gemuruh dan rasa macam down sikit sebab english saya memang low pada masa tu. Keyakinan saya pun sedikit merundum.
Dalam Sesi Bahasa Inggeris akan ada 3 orang penemuduga, kami duduk la dekat kerusi menghadap diorang. Saya duduk tengah betul-betul depan muka diorang. Boleh rasa tak apa saya rasa?
Okay dekat sini saya nak ingatkan segemuruh manapun korang jagalah attitude ye. Contohnya: posture duduk atas kerusi, kaki jangan goyang-goyang, muka jangan macam kerang busuk, senyum selagi terdaya. Kami mula dari hujung jadi giliran saya lambat lagi. Lepas semua perkenalkan diri then soalan dia akan ada 3 pusingan.
Okay ni antara tajuk yang saya ingat untuk Pusingan 1:
- POVERTY
- GLOBAL WARMING
- CORRUPTION
- SECURITY
- 1MALAYSIA
- ISLAMOPHOBIA
- LEGALIZE DRUG
- REFUGEES
Nak tahu saya dapat tajuk apa? Saya dapat ISLAMOPHOBIA. To be honest, saya memang dah prepared untuk semua tajuk yang dekat atas tu tapi tidak untuk tajuk yang saya dapat.
Manalah saya nak jangka yg isu tu dia nak tanya saya. Lahai... tp logically memang itu isu semasa pun since 2016 kan ada new election campaign dekat US. Time tu kan muslim dekat sana banyak ditindas. Pray for them.
Nak dijadikan cerita, malam sebelum interview saya ada scroll twitter dan jumpa #islamophobia ni. Saya sempatlah baca beberapa tweet dalam tu yang sedikit sebanyak membantu saya untuk menjawab soalan tu. Time tu baru saya sedar betapa Allah akan memudahkan urusan hamba-hambanya. Alhamdulillah.
Seterusnya Pusingan 2 pula kebanyakkannya tennag pengetahuan umum atau general knowledge kita dan lebih kepada pendapan individu. Kali nih sayadapat tajuk, WHY DO WE NEED A KING AND ROYALTY? Berbekalkan ilmu sejarah yang dipelajari, saya jawablah apa tangunggjawab seorang raja dan apa akan jadi kalau raja tak wujud.
Jujurnya, sementara tunggu giliran saya untuk pusingan 2, aku hampir tertidur sebab tahap gemuruh saya tu dah sampai PHD dah. Orang sebelah sayabawa air, nak minta tapi segan sebab baru kenal. So telan air liur je lah haha.
Pusingan 3 pula, penemuduga tanya:
- WHY DO WE NEED TO GIVE YOU THIS SCHOLARSHIP?
- WILL YOU WORK AND STAY IN GOVERNMENT SECTOR?
- WHAT WILL YOU DO IF WE ARE NOT GIVING YOU THIS SCHOLARSHIP?
Soalan-soalan diorang agak tricky so kita kena la jadi tricky juga. Time ni semua tabur janji-janji manis tapi it's okay just to make them confident to choose you. Done sesi english.
Sesi Bahasa Melayu, penemuduga hanya 2 orang dan sesi ni berkonsepkan kerja dalam kumpulan mungkin nak uji kita punya softskill bekerja?
Dalam satu bilik tu akan ada 2 group. Setiap group akan dapat tajuk yang berlainan. Masa akan diberi untuk prepare presentation. Group saya dapat tajuk PELAKSANAAN TOL AUTOMATIK SECARA SEPENUHNYA. Korang akan dapat kertas guideline dan perkara-perkara yg perlu dibentangkan nanti.
Dalam sesi nih. tolonglah sehebat manapun kita, pendebat ke, pemidato ke, anugerah emas nilam ke. Jangan overshadow orang lain dan jangan terlalu outstanding. Nampak macam menunjuk-nunjuk dan pentingkan diri sendiri.
Memanglah kita kena dapatkan perhatian juri tapi bukan dengan cara pentingkan diri sendiri. Just be nice. Tunjukkan kerjasama berkumpulan dan cara interaksi secara profesional. Fikir hujah macam orang bekerja bukan student. Sebab akan ada sesi soal jawab oleh calon lain (siapa yang tanya dapat markah, so mohon bertanya) dan lebih teruk lagi juri akan cut terus speech korang dengan soalan-soalan yang susah, so be prepared.
Habis semua tu, semua calon dah mula balik dengan tenang. Time tu tawakal je la. Keputusan akan diumukan dalam portal.
Saya harap pengalaman ni dapat membantu.
All the best guys.
Alhamdulillah, sekarang saya belajar dibiayai sepenuhnya oleh JPAMARA. Dah kerja dah pun sekarang haha.
Sebarang pertanyaan dan tips: theskuirrelmy@gmail.com