JPAMARA Scholarship Interview 2016

January 30, 2017



Pengalaman Berjaya Temuduga Biasiswa JPAMARA 2016

Part 1: Apa yang patut disediakan dan dibuat sebelum interview?

Pertamanya, tahniah kepada siapa yang dapat panggilan ke interview ni. Hargailah, jangan tak pergi pula.

To begin with, korang perlu memohon dan alert dengan pengumuman di Portal Rasmi eSILA JPA. Selalunya jpa akan buka permohonan lepas beberapa hari keputusan SPM diumumkan dan permohonan ini tak perlukan nombor pin macam UPU. 

Kelayakkan, syarat dan semua details akan ada dalam portal tu nanti. Kalau tak silap, pada tahun 2016, keputusan SPM minimum mesti A-. Ada juga spesifikasi berdasarkan bidang yang korang nak ambil dalam portal tu nanti. 

Contohnya saya mohon program Sains Hayat yang memerlukan sekurang-kurangnya semua subjek adalah A-, tapi bagi program perubatan semua subjek elektif mesti mendapat A. Kalau ada rezeki dapatlah emel panggilan ke temuduga nanti.


PENTING! korang kena sediakan beberapa salinan:
  • Kad Pengenalan (Sendiri, IbuBapa, Penjaga)
  • Slip SPM
  • Surat Kelahiran
  • Surat Panggilan ke Temuduga (boleh print dari emel)
  • Gambar bersaiz passport pun jangan lupa.
  • Boleh sediakan resume juga untuk pengukuhan.
  • Beberapa document yang saya pun dah lupa hahaha sorry

Semua dokumen ini WAJIB BERCOP RASMI. Masa pergi temuduga pun PASTIKAN BAWA YANG ORIGINAL. Pastikan korang sediakan fail yang kemas and formal. Contohnya clear holder yang kulit hitam tu. Susun sijil semua elok2. Boleh la search cara susunan sijil macam mana nanti. First impression is important!

Satu lagi, perkara nih agak jadi isu tahun lepas, JPA arahkan kami untuk pakai t-shirt sukan putih dan seluar track semasa interview. Hahahaha... first time tu saya baca pun ragu-ragu juga. Tapi memang betul pun pemakaian memang macam tu sebab nak berikan keselesaan kepada calon semasa temuduga nanti. Ye la kan, ambil masa hampir setengah hari. Panas, jadi jangan terkejutlah nanti haha.

Lepas dah sedikan semua tu, korang kenalah siapkan diri korang untuk temuduga nanti. Penampilan kenalah jaga dan bagi kemas-kemas. Prepare diri korang dengan seberapa banyak fakta tentang Malaysia dan dunia sekarang. Kebanyakkan berkaitan isu semasa. Soalan diorang nanti unpredictable, saya akan cerita time Part 2 nanti. 

Cubalah lembutkan lidah tu untuk cakap bahasa inggeris supaya tak kekok nanti. Seriously, anything can happen. Macam saya yang tak seberapa ini, 3 malam saya macam orang gila cakap dengan cermin sampai tengah pagi ahhahaha. Nak belajar free punya pasal kan.

Lastly, banyakkan doa dan solat hajat supaya Allah mudahkan urusan kita nanti. Just nak ingatkan, jangan terlalu yakin kalau kita dapat straight A+ pun, kita still kena ingat kita ada Allah. Rezeki semua ada di tangan-Nya.





You Might Also Like

2 Comments

  1. GV tahu Amer mmg excellent student. Sains Hayat means Bio, Fizik, Kimia kan. Mmmg hebat la Amer. Terbaik. :)

    ReplyDelete