Botol Ke-3 Olive Plus 30x dan Cuka Tin Olive House (Review)
February 27, 2021Testimoni dan Review Kebaikkan Olive Plus dan Cuka Tin Olive House | Ya betul, ini adalah botol yang ketiga mak dan abah saya makan. Saya mula belikan mereka Olive Plus Minyak Zaitun Extra Virgin dan Cuka Tin Olive House sejak beberapa bulan yang lalu.
Ini bukan review berbayar, ini adalah feedback sebenar daripada mak dan abah saya sendiri iaitu pengguna produk tersebut. Kebaikkan Olive Plus ni saya rasa patut dikongsi kepada pembaca blog saya.
Minyak zaitun ini diimport dari El-Borouj, Morocco yang
tidak ditapis. Manakala, cuka tin pula diimport dari Izmir, Turki.
Kesemua produk ini, mendapat pensijilan MeSTI dan Pensijilan Makanan Organik Malaysia daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk ini juga mendapat pengiktirafan Halal daripada Instiuti Halal Morocco dan diiktiraf JAKIM.
Secara ringkas, produk ini memang selamat dan bersih untuk
digunakan. Jadi anda tak perlu risau lagi. Bagi setiap pembelian juga (selalunya)
akan diberi risalah tentang produk-produk lain dari Olive House. Jadi anda boleh
baca maklumat lain dari risalah tersebut.
Disclaimer: Mak dan abah saya tidak mempunyai apa-apa penyakit serius. Saya beli ini bertujuan sebagai makanan tambahan harian mereka sahaja.
Jus Delima Pekat | Cuka Tin | Olive Plus |
Testimoni dan Review Kebaikkan Olive Plus dan Cuka Tin Olive House
Review Olive Plus Olive House
Mengandungi:
- Bebas lemak trans
- Bebas kolesterol
- Tinggi nilai vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
- Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan
Mak dan abah saya berkata sejak pengambilan minya zaitun ini, mereka rasa lebih senang untuk bernafas dan jarang sekali berasa letih dan penat. Saya juga ada terbaca di atas kotak bukusan minyak ini bahawa ia sangat baik untuk pengaliran darah dari dan ke jantung.
Kesan lebih ketara apabila bermulanya PKP yang tidak membenarkan saya untuk merentas negeri. Minyak sudah habis, dan kedai yang paling terdekat adalah di Penang. Jadi dalam masa ketiadaan minyak ni, memang mak dan abah saya rasa lebih lesu dan cepat penat dari biasa.
Sebab
selalunya, mereka akan ambil satu sudu minyak ini pada setiap pagi sebelum melakukan
apa-apa kerja. Ada juga kadang-kadang, perut mereka rasa lebih selera dan jarang
terkena gastrik sepanjang pengambilan minyak ni.
Review Cuka Tin Olive House
Bagi cuka tin ini pula, saya nasihatkan mak dan abah saya
untuk ambil sebelum tidur sebab bagi fahaman saya, cuka ni dapat membersihkan
usus dan saluran darah selepas makan macam-macam pada waktu berjaga. Jadi
malam tu, bolehlah kandungan dalam cuka tin ni bertindak dengan lebih baik.
Kesan yang paling positif adalah pencernaan dan perkumuhan berjalan
dengan lebih lancar. Jarang sembelit dan sakit perut. Rasa perut lebih selesa
dan aman. Apabila perut kita selesa, pastinya tidur pun lebih lena. Kesannya,
kita akan lebih bertenaga pada keesokkan harinya.
Review Jus Delima Pekat Olive House
Disebabkan keluarga kami semakin mempercayai jenama Olive
House, jadi saya ambil keputusan untuk mencuba Jus Delima Pekat ini pula. Ini
adalah botol yang pertama, jadi saya tak dapat nak berikan apa-apa padangan
lagi buat masa terdekat. Saya akan update selepas satu botol habis.
Buat masa nih apa yang saya cakap, jus delima pekat ni rasa
sedikit manis berbanding cuka tin dan sedikit kelat di hujungnya. Ia berfungsi terutamanya
dalam memberi tenaga kepada pengguna.
Baiklah, setakat ini sahaja testimoni dan pandangan kami seisi keluarga terhadap penggunaan produk-produk dari Olive House. Secara peribadi, saya sangat mengesyorkan produk-produk diatas. Memang terbukti keberkesanannya..
Jika anda pengguna Olive House dan ingin juga memberi pendapat, sila tinggalkan komen di bawah.
Terima kasih dan sihat selalu!
2 Comments
Alhamdulillah. Moga manfaat atau kebaikkannya berterusan. Aamiin.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih. Aminn ya Rabb
Delete