Apa Kelebihan dan Kekurangan Belajar di IPTS

February 25, 2021

Apa Kelebihan dan Kekurangan Belajar di IPTS


IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) ataupun Universiti Swasta sekarang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Malaysia. Namun, seringkali IPTS dikaitkan dengan pelbagai padangan negatif daripada masyarakat bahawa ia adalah tempat untuk pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat apa-apa tawaran dari UPU.

Sedar atau tidak, sebenarnya banyak juga IPTS yang berada di 10 Universiti Terbaik di Malaysia seperti MMU, Taylor University, UTP dan UNITEN. Malah, banyak lepasan IPTS yang berjaya mengukir nama di dalam dan luar negara. Ada juga yang enjadi usahawan berjaya seusai tamat pengajian. Jadi sebenarnya belajar di mana-mana pun boleh, asalkan niat untuk belajar ada.

Disini saya sebagai salah seorang graduan IPTS nak kongsikan apa kebaikkan dan kekurangan yang ada jika korang belajar di Universiti Swasta ni.

Menarik dalam Study:

Kebaikkan belajar di IPTS

1. Fasiliti dan teknologi yang terkini

Perasan tak kalau penggambaran drama atau filem di Malaysia mesti kebanyakkannya dilakukan di kawasan IPTS? Sebab fasiliti di sana lebih baru dan dikawal-selia dengan lebih baik. Perpustakaan yang lebih futuristik, selesa dan lebih buku-buku sumber rujukan yang up-to-date.

Selain itu, ada juga Universiti Swasta yang menyediakan Wi-Fi yang stabil di seluruh kampus dan kawasan berdekatan bagi memudahkan pelajar belajar jika semasa di luar kuliah. Asrama pelajar juga lebih selesa bahkan lebih mementingkan privasi individu.

2. Hal ehwal pelajar diutamakan

Disebabkan yuran yang tinggi dan mahal, kualiti kehidupan pelajar menjadi keutamaan universiti. Sebagai contoh, korang boleh jumpa Water Dispenser di setiap lorong jalan kaki, penghawa dingin di setiap bilik, kawasan belajar yang lebih besar, kad pelajar serba guna, kafe dan kantin yang lebih besar, kawasan WiFi yang meluas dan hak-hak pelajar yang dijaga. 

Tindakan tegas akan sentiasa dikenakan jika berlaku sesuatu yang melanggar hak-hak pelajar lain seperti membuli atau penindasan individu. Selain itu, bantuan pelajar dari segi kewangan dan lain-lain juga mudah didapati. Ada juga sesetengah universiti yang menjalin kolaborasi dengan universiti luar negara, juga memudahkan para pelajar untuk belajar di luar negara jika berminat.

3. Lebih bebas beraktiviti dan bersosial

Seperti yang sedia maklum, IPTS tidak mengenakan peraturan yang ketat dari segi aktiviti bersosial. Pelajar bebas untuk memakai uniform atau pakaian yang sopan dan keluar masuk kampus tanpa curfew. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab kokurikulum juga tidak terbatas selagi tidak melanggar undang-undang. 

Tambahan lagi, pelajar di Universiti Swasta kebanyakkanya terdiri dari pelbagai kaum dan kewarganegaraan, jadi cara dan adab bersosial juga berbeza-beza mengikut latar belakang masing-masing.

Seterusnya, mari kita baca apa pula kekurangan belajar di IPTS?

Kalau sebelum ini korang dah tahu Apa Kelebihan Belajar di IPTS, sekarang korang perlu juga tahu apa kekurangannya. Setiap orang pasti ada kekurangan masing-masing, begitu juga sesuatu tempat pelajar.

Menarik dalam Study:

Kekurangan belajar di IPTS

1. Yuran yang mahal dan tinggi

Universiti Swasta mengenakan yuran yang lebih tinggi dan setiap servis tambahan juga akan dikenakan bayaran tersendiri. Sebagai contoh, servis mencetak pelekat parking dan servis mendapatkan cop pengesahan surat rasmi. Yuran yang mahal ini mungkin tidak mampu di biayai oleh semua pelajar yang kurang berkemampuan. 

Namun, kebanyakkan IPTS kini menyediakan scholarship atau biasiswa mereka sendiri bagi pelajar yang menepati syarat kelayakkan seperti mendapat keputusan yang cemerlang.

2. Terlalu bebas tanpa kawalan

Kekurangan ini adalah sangat subjektif namun saya hanya ini mengingatkan. Oleh kerana terlalu bebas tanpa peraturan yang ketat, ada sesetengah pelajar yang hanyut dengan keseronokkan awal dewasa jauh tanpa keluarga. Hal ini telah menyebabkan pelajar-pelajar ini lupa akan tanggungjawab sebenar dan mengambil mudab terhadap pelajaran mereka. Ada yang bijak menguruskan diri dapat mengimbangi antara belajar dan berseronok.

3. Kampus yang lebih kecil

Kebanyakkan IPTS yang dibiayai secara bersendirian tanpa kewangan dari kerajaan mempunyai kawasan kampus yang lebih kecil. Fasiliti yang agak terhad kerana lebih mengutamakan kualiti pengajian pelajaran. Selain itu, pelajar mungkin perlu bergerak dalam jarak yang jauh untuk ke sesuatu tempat kerana bangunan universiti tersebut berada di tempat berlainan sekitar daerah tersebut.

Berikutlah beberapa kebaikkan dan kekurangan yang ada jika belajar di IPTS. Namun sebenarnya banyak lagi kebaikkan yang saya tak tulis seperti pengalaman belajar bersama orang luar negara, aktiviti kokurikulum yang lebih menarik, servis pihak pengurusan yang bagus dan lain-lain.

Akhir sekali, suka untuk saya ingatkan bahawa tempat kita belajat tidak menentukan masa depan kita, tetapi attitude dan niat kita yang menjamin kejayaan kita. Tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, jadi lakukannya dengan sepenuh hati.

Semoga berjaya!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Replies
    1. Hi Abam Kie. Terima kasih sudi membaca. Amer dulu belajar dekat MMU.

      Delete