Tips Belajar Programming Tanpa Ilmu Asas Untuk Beginners
February 28, 2021Macam mana nak belajar tentang sains komputer, tapi tak ada ilmu asas?
Lebih kurang 6 tahun lepas, saya memang tiada langsung asas programming atau coding. Saya tak tahu pun "cout" dan "printf" tu wujud dalam dunia ni. Tapi, saya beranikan diri untuk daftar ijazah dalam Information Technology (IT) atau kita panggil sebagai Sains Komputer tanpa sebarang pengetahuan asas sebelumnya.
Tak takut gagal ke nanti?
Sebagai beginner atau budak baru memang susah dan memerlukan usaha yang lebih berbanding pelajar yang sudah belajar C++ language dari bangku sekolah. Tapi jangan risau, saya tak gagal pun dan anda pun boleh berjaya!
Jadi saya nak share tips yang saya amalkan pada masa itu. Saya namakan tips ini sebagai:
4 Tips Asas untuk Belajar Programming atau Coding Untuk Beginner
1. Kuasai konsep asas programming
Belajar programming ni macam belajar bahasa baru. Faham asas struktur ayat (syntax), maka fahamlah semua sekali. Fokus hanya satu bahasa dahulu sebagai permulaan. Hanya satu bukan dua bukan tiga. Jangan tergesa-gesa, semua perlukan masa masing-masing. Selalunya kita akan belajar C atau C++ dalam tahun pertama.
Jadi, fokus bahasa tersebut sampai betul-betul faham konsep dan struktur programming. Fun fact, konsep asas semua bahasa adalah sama, cuma penulisan sahaja lain. Jadi kalau kita dah master konsep, senanglah untul kita balajar bahasa lain.
2. Tambah kefahaman di luar kelas
3. Program dengan cara kita sendiri
Percaya atau tidak, programme writing style sangat banyak dan berbeza mengikut individu. Pada mulanya korang akan tertumpu dengan cara penulisan pensyarah korang, tetapi dari masa ke masa, cuba eksperimen setiap fungsi dengan cara penulisan anda sendiri. Jadi programmer yang versatile.
4. Amalkan komen dan carta alir (flow chart)
Setiap programmer seharusnya menggambarkan sistem mereka sebagai satu carta alir atau flowchart. Dengan ini, sistem kita akan lebih berstruktuk dan senang untuk kita tahu juga terdapat bugs di mana-mana.
Selain itu, amalkan menulis komen bagi setiap fungsi atau variable yang ada dalam sistem demi memudahkan programmer lain debug code korang. (memudahkan kerja korang juga nanti)
Saya harap tips yang saya kongsikan ni dapat membantu programmer yang baru mendaftar ijazah IT atau sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar programming.
Tips ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Harap membantu.
Selamat berjaya!
2 Comments
Sangat setuju dengan tips tu terutamanya tips no.3. Kena ikut tahap kemahiran dan style kita.
ReplyDeleteYe sangat betul! Only we know what we can do.
Delete