Amalan di Pagi Peperiksaan Pembawa Berkat

March 04, 2021


Tetapkan niat yang baik di dada. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperikasaan. Usaha korang tak akan sia-sia. Jawab dengan tekun dan yakin. Buang sifat ragu-ragu dan gopoh. Teliti soalan dengan sabar. Di bawah, saya selitkan beberapa amalan yang korang boleh buat di pagi hari peperiksaan.

5 Amalan di Pagi Peperiksaan Pembawa Berkat

1. Minta berkat dari Ibu Bapa

Sebelum berangkat ke sekolah, pastikan korang dah minta maaf dan minta doa keberkatan dari ibu dan bapa. Kalau korang pelajar di asrama, telefon mereka selepas subuh tu. Percayalah, dengan suara ibu dan ayah pun dah boleh bagi ketenangan yang tak dapat digambarkan. Bagi yang tiada ibu atau ayah, tidak mengapa, berdoa pada Allah supaya mereka diberi ketengana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Jangan lupa ibu dan bapa.

2. Solat Sunat Hajat dan Dhuha

Kalau sempat, pagi selepas atau sbeelum subuh baca Yassin. Buat solat sunat hajat selepas subuh dan minta agar dipermudahkan segala urusan. Minta agar diberi ketetapan hati semasa menjawab soalan peperiksaan kerana kita akan banyak rasa runsing dan keliru sebab gemuruh. Dan dikesempatan masa antara dua kertas, ambil 3-4 minit untuk solat sunat Dhuha. Minta ketenangan sekali lagi.

3. Bermaafan sesama rakan dan guru

Perkara nih sepatutnya buat seminggu atau beberapa hari sebelum hari peperiksaan tapi ada bagusnya jika setiap kali sebelum masuk dewan peperiksaan, pastikan tiada persengetaan antara rakan dan guru. Mohon maaf jika ada kesalahan yang korang buat tapi mereka tak tahu. Jujur dengan mereka dan minta agar diberkati segala ilmu yang telah dipelajari. Redha seorang guru dan rakan juga penting dalam mencari ketengan semasa menjawab peperiksaan kelak.

4. Bersedekah di Masjid atau Surau

Kalau korang tinggal di asrama yang ada masjid atau surau, elok kalau subuh tu pergi berjemaah di sana dan sedekah seberapa yang mampu dengan niat mencari keberkatan ilmu. Kalau tak dapat berjemaah di masjid atau surau, simpan duit itu dengan niat nak sedekah di kemudian hari sebagai contoh apabila pergi masjid untuk solat Jumaat.

5. Baca doa dan langkah kaki kanan 

Akhir sekali, amalkan bacaan doa sebelum masuk dewan dan masuk dengan langkah kanan. Tinggalkan beban lain diluar dewan. Tinggalkan kerunsignan hati di luar dewan. Hanya masuk dengan ilmu dan niat yang ingin berjaya dalam peperiksaan. Cuba juga untuk hafal doa-doa ringkas seperti Doa Bila LupaDoa Bila Gemuruh dan Doa Bila Tidak Pasti. InshaAllah, kejayaan tak pernah mengkhianati usaha.


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Buat yang terbaik dan semoga berjaya semua!

You Might Also Like

0 Comments