Cara Terbaik Belajar Bahasa Asing Selain Bahasa Inggeris
March 03, 2021Cara Terbaik Belajar Bahasa Asing Selain Bahasa Inggeris | Zaman sekarang semua majikan mencari pekerja yang boleh berbahasa lebih dari satu bahasa sama ada kita panggil sebagai Bilingual, Trilingual atau Multilingual. Sesiapa yang boleh bertutur dalam banyak bahasa selain bahasa ibunda sememangnya mendapat perhatian setiap majikan.
Dengar cerita, pekerja yang boleh bertutur Bahasa Jepun dapat menjana pendapatan lebih RM 10000 sebulan sebagai pengantaraan antara syarikat tempatan dan pelanggan dari syarikat di Jepun. Oleh itu, kita juga perlu menguasai sekurang-kurangnya dua atau tiga bahasa agar dapat bersaing dengan graduan lain. Di Malaysia, pekerja yang mampu berbahasa Bahasa Thai dan Bahasa Jepun dibayar dengan lebih tinggi.
Ada beberapa tips yang saya boleh berikan bagi mencapai hasrat tersebut. Secara jujurnya, saya sendiri sedikit sebanyak mampu memahami dan bertutur dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Thailand hanya dengan mengamalkan cara-cara di bawah:
1. Tonton cerita atau drama yang menggunakan bahasa mudah
Sebenarnya, dengan mendengar pelakon bercakap juga dapat membantu kita untuk memahami bahasa tersebut. Pernah dengar orang dapat bercakap Bahasa Korea hanya dengan menonton "Reality Show" dari negara Korea? Dari situ, kita juga dapat mendengar dialek dan cara percakapan asal mereka.
2. Dengar lagu atau podcast
Kalau kita dah mula tonton drama atau filem negara luar, semestinya ada satu atau dua lagu soundtrack yang menarik hati. SAya boleh jamin, mesti ramai yang tonton kdrama Descendant of The Sun dan sekarang lagu Evertime stuck dalam kepala, kan? Kita boleh dengar dan tahu maksud lirik lagu tersebut di internet.
Di Spotify khususnya, kita juga dapat subscribe saluran podcast yang membincangkan dan mengajar bahasa-bahasa asing. Saya pun masih mendengar banyak Podcast untuk belajar bahasa Korea, Cina dan Thailand. Jangan risau, Spotify free access pun boleh dengar podcast dengan percuma.
3. Cuba bercakap dengan cermin atau seorang diri
Tak semua orang ada rakan yang juga mampu bercakap bahasa asing. Jadi kita perlu berbalas percakapan kita dengan diri sendiri. Saya kalau tengah bersiap untuk keluar, sambil sikat rambut, sambil cakap sorag-sorang. Kalau orang lain tengok, mesti ingat saya gila hahaha.
4. Tahu ayat-ayat common yang digunakan
Sebagai contoh, "Siapa nama kamu?", dalam bahasa Jerman ialah "Wie heisst du?", manakala dalam bahasa Thailand ialah "Khun chur arai?". Dengan mengetahui ayat-ayat asas macam ni, sedikit sebanyak boleh bantu kita untuk berlatih. Sambil bercakap, sambil terfikir maksudnya. Dai mai?
5. Tidak perlu belajar menulis dahulu
Saya cadangkan kita rumikan (romanize) penulisan kalau bahasa tersebut ditulis dalam tulisan sendiri. Fokus kepada percakapan dahulu sebelum penulisan. Kalau kita nak fokus dua benda dalam satu masa takut "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran".
Okay setakat itu sahaja 5 perkara yang korang boleh amalkan untuk belajar bahasa asing. Saya pun masih belajar dan amalkan tips ni. Mana tahu satu hari kita boleh kuasai lima bahasa? Takdelah kalau nak terkucil mencari-cari dalam Google Translate macam mana nak tanya tandas dekat mana hehehe.
"Khotkot Pi, thi ni hong nam yu nai krap?"
Semoga berjaya!
1 Comments
Nice tips!
ReplyDelete