Betul ke Susu Nilofa ni Sedap? (Review)

March 01, 2021


Review Susu Nilofa Berperisa Pisang, Mangga dan Durian | Betul ke susu Nilofa ni sedap sampai ramai yang boleh buat income dropship beribu-ribu dengan air ni? 

Ada yang kata lagi sedap dari susu fullcream Dutchlady, dan ada yang cakap biasa-biasa sahaja. 

Rapat sikit saya nak share review.

Pertama sekali, susu Nilofa ni adalah susu penuh krim Australia yang mempunyai sumber protein yang bagus dan tenaga iaitu sebanyak 90Kcal bagi setiap pek

Tapi bukan bahan-bahan yang kita nak cerita, kita nak cerita apa rasa susu ni. Perisa-perisa tersebut pula adalah hasil dari campuran Puri Pisang, Puri Mangga dan Puri Durian yang terdapat dalam susu. 

Jadinya, buat masa sekarang sudah ada empat jenis perisa di pasaran temasuk Dates and Banana tapi maaf tak ada dalam review ni. Alhamdulillah, kesemua perisa mempunyai cop Halal Malaysia.

1. Review Susu Nilofa Perisa Pisang (200ml)

Susu Nilofa Berperisa Pisang

Susu semua sama sahaja sebenarnya, yang membezakan adalah perasa yang ditambah. Susu memang sedap, segar dan berkrim. 

Jujurnya, saya paling suka perisa pisang antara tiga perisa ni. Cuma, rasa pisang tu tak sepekat yang saya ramalkan, hanya ada rasa sikit dan bau pisang sahaja. Kalau diorang pekatkan sedikit perasa pisang tu mesti lagi mantap. 

Memandangkan ini perisa pertama yang dikeluarkan, so saya jadikan ini sebagai benchmark. Overall: 8/10

2. Review Susu Nilofa Perisa Mangga (200ml)

Susu Nilofa Berperisa Mangga

Bagi susu perisa mangga pula, saya memang rasa mangga dalam susu tu. Mungkin sukatan puri Mangga yang diletakkan lebih dari perisa Pisang tadi. 

Dan kalau nak tahu, susu perisa mangga nih ditambah dengan pekatan Epal yang berikan kita rasa manis epal tu. Jadi, susu nih sebenarnya susu campuran Mangga dan Epal, cuma sukatan pekatan epal tu kurang dari mangga, jadi rasa dia tak dominan macam mangga. 

Anak sedara saya paling suka perisa nih. Nasib baik ada dua pek, sempat la merasa satu. Kalau tak kempunanlah saya, tak sempat nak bagi review. 

Jadi kalau tanya saya nak recommend untuk siapa minum, saya recommend untuk bagi anak-anak minum. Sedap. Overall: 8.5/10.

3. Review Susu Nilofa Perisa Durian (175ml)

Ketiga-tiga perisa

Akhir sekali, kita ada perisa durian yang baru-baru ni viral sebab rasa durian tu real betul. Betul ke? 

MEMANG BETUL PUN! Kuat betul rasa durian dia tu tapi ada satu benda yang saya rasa pelik sikit dengan perisa ni. Susu durian ni ada rasa pelik sikit lepas ditelan atau orang putih panggil "after taste". (Selalu review tulis English, sekarang tulis melayu rasa kekok sikit, maaf ye haha). 

Ha, jadi aftertaste dia tu macam tengik sikit. Plus, isipadu dia pun kurang berbanding perisa lain. Overall: 6.5/10. 

Eh kenapa rendah sangat rate dia? Sebab Amer memang tak boleh tahan aftertaste dia tu, maaf. Awal-awal rasa dan bau durian elok dah tapi hujung-hujung tu aihh spoil sikit.

Disclaimer: Ini review jujur dari saya. Mungkin orang lain ada pendapat dan review masing-masing.

So, korang pernah rasa tak susu Nilofa nih? Apa pendapat korang? Betul ke sedap macam orang selalu promote?

Cuba komen review korang dekat bawah pula. Selamat mencuba! 






You Might Also Like

3 Comments

  1. Tak pernah rasa lagi susu Nilofa ni. Banyak baca review orang lain je😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish kena cepat2 cuba lah kalau macam tu. Boleh try Pisang dulu 👍👍

      Delete
  2. Belum pernah cuba. Cuma ada dengar review daripada kawan-kawan dan saudara mara yang dah minum je.

    ReplyDelete