Tips Tulis Caption Efektif di Instagram

March 06, 2021

Ilmu menjual atau mempromosikan barangan bukan sesuatu yang susah untuk dipelajari. Banyak cara dan kaedah untuk tingkatkan pencapaian sesebuah post di laman sosial terutamanya di Instagram. 

Ada juga yang panggil ilmu Copywriting iaitu kebolehan untuk menulis iklan secara efektif yang mampu menarik perhatian pelanggan dan mejana penjualan produk.

Jadi dalam post ni, saya akan kongsikan beberapa idea post caption yang boleh digunakan dalam Instagram. Dan, ada beberap elemen penting yang kita juga perlu titik beratkan dalam setiap caption yang kita tulis.

Tips Tulis Caption Efektif di Instagram Untuk Naikkan Engagement 

1. Caption ringkas dan padat

Harus kita ingat bahawa pelanggan tidak mempunya banyak masa dan kurang berminat untuk membaca teks yang panjang. Ringkaskan caption korang dengan menulis secara terus terang atau straight forward kepada kebaikkan produk korang. 

Padat bermaksud caption tersebut cukup untuk member gambar awal atau penuh terhadap produk tersebut. Elakkan ayat yang berbunga-bunga dan melerek yang tidak membawa apa-apa maksud. 

2. Ada call to action (CTA)

Call to action sangat penting terutamanya kalau korang promosi dalam InstaStory untuk "swipe up" atau pergi ke link dia bio page korang. Post caption tanpa CTA akan menyebabkan potential customer tergantung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan selepas itu atau untuk membeli. Sebagai contoh, "Lebih lanjut? Klik link di Bio!"

3. Bahasa sesuai dengan target audience

Kadang-kadang kita sebagai penjual sudah ada target audience atau target cutomer kita sediri yang bersesuai dengan produk yang dijual. Kalau jual baju fesyen wanita, kenalah tulis gunakan bahasa yang sesuai untuk wanita baca. Dan kalau produknya adalah minyak pelebat misai dan janggut, bahasanya wajar menepati pembaca lelaki.

4. Gambar main peranan

Sebelum kita baca caption dalam apa-apa post di Instagram, benda pertama kita buat adalah LIHAT. Kita akan lihat gambar hasil suntingan penjual tu dahulu. Cantik ke produk nih? Bekas dia guna fancy ke tak? Warna menarik ke tidak? 

Ha! jangan sebelum kita tulis caption yang padu, kita juga kena titik beratkan gambar post tersebut contohnya kecerahan, latar belakang, saiz dan lain-lain. Akan saya tulis dalam post yang berasingkan tentap tips edit gambar untuk post di Instagram

5. Mesra pelanggan

Saya, Aku, Abang, Sis, Min dan macam-macam lagi kita selalu baca penjual bahasakan diri dorang kan? Ha ini adalah untuk tunjukkan bahasa penjual adalah seorang yang mesra dan senang berbincang. 

Kalau penjual guna Bos atau Tuan, mungkin kedengaran tidak begitu mesra kerana wujud pangkat dalam caption tersebut. Jadinya pilih pengganti nama yang sesuai dengan korang. Contohnya, saya guna "saya" dan saya panggil pembaca saya sebagai "korang". Mesra tak? hehehe

Semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat kepada semua penjual di Instagram atau mana-mana sosial media. Saya harap semua dimurahkan rezeki selalu. Semoga berjaya!

You Might Also Like

3 Comments

  1. kita punya caption gi ja amer;

    Alien≠Weirdo

    Pastu hashtag. hahahah ponat nak buat ayat catchy be like...papehal be authentic "D

    ReplyDelete
  2. Paling lama bila nak post gambar adalah caption. Ai edit gambar pun tak lama macam nak pk caption.

    ReplyDelete
  3. Nice info lahh ! Sesuai untuk peniaga ii luar serap ilmu dari sini hiihii tq share ilmu bermanfaat ! Saya singgah sini.

    ReplyDelete