Idea Bisnes Bermodal Rendah Untuk Pelajar 2021

March 07, 2021


Sekarang semua orang sedang perfikir macam mana nak cari duit tepi terutamanya pelajar universiti dan sekolah menengah. 

Tapi, idea dah kering. Macam-macam dah cuba tapi tak menjadi. Duit pun dah habis banyak sebab tak dapat rolling modal.

Saya dulu pun pelajar sama seperti anda. Jadi, saya nak kongsikan sedikit idea bisnes yang boleh dikatakan selamat dan menjadi. 

Janji kena ada usaha yang berterusan. Ini bukan affiliate post atau apa-apa, ini hanyalah berkongsi cerita.

1. Tulis Blog

Betul, buat blog pun boleh buat duit sebenarnya. Banyak sumber pendapatan yang boleh dapat dari blog seperti letak iklan Google, dapat sponsor barang, buat review servis dan mungkin dapat peluang kolaborasi dengan jenama-jenama yang besar. Korang hanya perlu kreativiti untuk menulis dan internet.

2. Jadi Ambassador Shopping App

Sekarang, kita ada macam-macam shopping platform contohnya Shopee, Lazada, Zalora. Kalau korang pergi di page diorang, korang akan nampak "Join Our Ambassador Community". Kebanyakkannya tak memerlukan korang jadi Insta femes pun, cukup sekarang seorang yang aktif di media sosial. 

Apa yang korang perlu adalah skil untuk promote barang mereka dan mendapat komisyen dari setiap jualan yang berjaya.

3. Dropship

Banyak juga saya tengok rakan-rakan yang join dropship Tudung, Gift Box, Kasut, Skin Care dan Makanan di Instagram. 

Dan tak semua kena bayar yuran, kalau ada pun mungkin RM 100 ke bawah tetapi keuntungan boleh cecah ribu ringgit. 

Cari barang yang korang rasa senang untuk jual dan cuba jadi dropship brand tersebut dulu. Tak perlu pegang stock, tak perlu fikir delivery. Hanya promote dan dapat komisyen dari jualan yang berjaya juga.

Saya harap idea ini dapat membantu sedikit sebanyak korang yang sedang mencari jalan untuk buat duit. Mungkin sedikit cliche tapi ini adalah benda yang saya pernah buat dan saya rasa paling selamat kepada pelajar yang tak ada modal besar.

Semoga berjaya!

You Might Also Like

6 Comments

  1. Dulu zaman sekolah rendah, buat bisnes jual gula-gula and kuih hehehe seronok sebab dapat pengalaman berbisnes :D

    ReplyDelete
  2. yang penting semangat untuk terus kekal konsisten dalam semuanya :D

    ReplyDelete
  3. 9/10 org yg kaya adalah dari hasil perniagaan..

    ReplyDelete
  4. MY tulis blog dah 10 tahun dah...lom kaya lagi...hahaha

    ReplyDelete
  5. Yang no.1 rugi akak tak buat masa belajar dedulu. Lambat sedar pasal dunia blogger ni. Dah tua bangka baru nak berblog 😂.

    ReplyDelete