5 Strategi Zero Cost Marketing Diyakini Berjaya!
March 05, 20215 Strategi Zero Cost Marketing Diyakini Berjaya! | Macam mana nak buat marketing tanpa modal Mesti ramai yang mencari idea macam mana nak buat marketing zero cost. Saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh dikatakan berjaya dalam menyebarkan awareness tentang produk anda. Tiada jaminan keberkesanan tetapi peratusan berjaya agak diyakini.
1. Join Group Peniaga di Facebook
Jadi ahli aktif dalam group peniaga-peniaga di Facebook. Ahli di dalam group tersebut juga mempunyai potensi sebagai pelanggan anada. Bayangkan kalau ada 100K ahli dalam group tersebut, sekurang-kuranya 100K pasang mata telah lihat dan baca tentang produk anda. Tak lupa juga ada 100K mulut yang boleh bawa berita tentang produk korang ke kawan-kawan mereka.
2. Aktif di Twitter
Pernah nampak komen peniaga-peniaga di bawah tweet yang trending di Twitter? Itu juga merupakan salah satu cara Zero Cost Marketing. Sesetengah tweet yang trending mampu mencapai 10K-20K impression, jadi untuk permulaan tak perlu bayar orang yang popular untuk mendapat engagement yang tinggi macam tu.
Selain tu, ambil tahu juga hashtag(#) dan perkataan yang trending. Masukkan # dan perkataan tersebut dalam tweet korang. Tapi kena lah pandai pilih tweet mana yang korang boleh selit iklan, jangan main bedal je. Ini kadang-kadang saya tengok tweet tentang kematian tapi ada yang pergi promote chocojar bawah tu.
3. Buat Tiktok
Sekarang orang seakan-akan ketagih dengan tiktok. Hari-hari mesti nak buka tiktok dan scroll beberapa jam. Maknanya engagement di tiktok juga sangat tinggi. Korang boleh gunakan peluang ini untuk sebarkan awareness tentang produk di Tiktok. Buat video ringkas tentang produk korang, cara pemakaian, cara pemasangan dan post di tiktok beserta # yang trending dengan keadaan semasa.
Kadang-kadang tiktok yang memberi ilmu ni lebih mendapat engagement yang tinggi sebab orang akan share video tersebut juka mereka rasa ia berguna untuk orang lain. Tak semua video dalam tiktok tu menari ye.
4. Buat Channel Telegram
Channel telegram main peranan sebagai saluran untuk korang update kepada pelanggan yang sudah pun tertarik dengan produk korang. Selain itu, pelanggan juga boleh kongsikan channel tersebut dengan rakan-rakan mereka, secara tak langsung akan bertambah ahli.
Di sini, korang boleh sentiasa berinteraksi dengan pelanggan tanpa perlu respon dari mereka. Korang juga boleh buat undian produk dan servis apa yang sebenarnya menarik perhatian pelanggan. Interaksi antara pembeli dan pelanggan amat penting sebenarnya untuk membina penjenamaan bisnes korang.
5. Share di Whatsapp Group dan Status
Ini untuk pelanggan dari orang terdekat. Ingat, pelanggan pertama kita juga mungkin daripada kenalan rapat atau keluarga terdekat. Jadi jangan tinggalkan kumpulan ini. Ambil peluang yang ada, tambah-tambha lagi kalau ramai yang ada nombor telefon anda. Lagi ramai yang boleh tengok status Whatsapp anda dan tahu kewujudan produk yang korang jual sekarang!
6. Minta Kawan-Kawan Share di Sosial Media
Akhir sekali, minta rakan-rakan korang untuk share atau repost produk korang di media sosial masing-masing. Paling mudah di Instagram Story. Jadi kawan kepada kawan korang pun dapat tahu apa yang korang jual.
Sedikit sebanyak boleh tambah follower di Instagram korang. Kalau bernasib baik, ada kawan korang yang Instafamous boleh tolong promotekan sekali produk korang tanpa cas.
Sekian sahaja beberapa strategi "Zero Cost Marketing" yang korang boleh cuba sebagai start-up atau igshop baru. Tak perlu modal, yang penting hanya usaha yang istiqamah.
Semoga berjaya!
0 Comments